Masakan #TheGoodStuff

Cooking
23 May 2023 • 12:08 PM MYT
Nor Hafiza Abd Hamid
Nor Hafiza Abd Hamid

Seorang surirumah sepenuh masa yang ada 3 anak, dan suka memasak & membaca

Image from: Masakan #TheGoodStuff
Kuih-muih tradisional. Gambar oleh: nor hafiza abd hamid

Di Malaysia terdapat pelbagai Jenis masakan. Dengan terdapatnya pelbagai Jenis bangsa dan suku kaum di Malaysia, pelbagai Jenis masakan boleh didapati dan dicuba.

Melayu, Cina, India, Kadazan, Sabah, Sarawak, Thailand dan lain-lain kaum yang terdapat di Malaysia mempunyai resepi. Masakan tersendiri dengan pelbagai jenis citarasa. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga dan bersyukur kerana terdapat pelbagai masakan. Menu yang sedap dan unik rasanya boleh didapati.

Setiap Negeri di Malaysia mempunyai singnature makanannya tersendiri seperti Kedah, Laksa dan Nasi daging, Perlis terkenal dengan nasi ganja, Johor dengan menu laksanya dan Nasi Briyani Gam. Melaka sinonim dengan Asam Pedas, Negeri Sembilan sudah tentu Masak Lemak Daging Salai dan banyak lagi masakan-masakan yang menarik disetiap Negeri dan daerah.

Di Negeri Kedah daerah baling sangat terkenal dengan masakan Gulai Daging Batang Pisang ketika kenduri kawen dan kenduri-kenduri kesyukuran. Disebabkan saya sebagai penduduk dan orang Kedah, pelbagai jenis masakan yang saya sudah cuba. Antaranya Gulai Iakn Talang Tomeh Darat. 

Setiap kali ada kenduri-kendara di Kedah pasti masakan ini akan dimasak. Selain itu ada dikalangan keluarga yang berkahwin dengan pasangan dari Negeri yang berlainan. Ini memberi kelebihan apabila berkumpul beramai-ramai, kita dapat merasai pelbagai jenis masakan.

Dalam keluarga saya sendiri pon terdapat ahli keluarga yang berkahwin dengan orang Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan Malaka. Jadi pelbagai masakan akan dimasak oleh mereka ketika semuanya berkumpul. Jadi setiap masakan diraikan dan dicuba. Saya jugak suka masakan Thai.

Di Malaysia sekarang ini terdapat behitu banyak kedai-kedai makanan Thai. Jadi tak susah untuk mencuba makanan Thai yang pedas dan masam. Pelbagai karnival dan festival mengenai masakan dan makanan diadakan. Pendek kata di Malaysia adalah salah satu syurga makanan, semakain jauh perjalanan semaki. Banyak masakan dan makanan yang kita boleh cuba.

Di media sosial seperti Facebook, TikTok, Instagram terdapat banyak resepi-resepi yang menarik dan sedap yang boleh kita cuba masakkan. Hanya dihujung jari saja kita boleh belajar memasak dirumah. Saya jugak suka belajar memasak dari golongan orang yang berumur kerana mereka mempunyai resepi dan petua memasak yang sangat best dan menarik.

Jadi bagi golongan remaja masa kini belajar lah memasak kerana ilmu memasak ini sangat seronok dan bukan saja kita boleh tahu memasak malah kita boleh warisi ilmu memasak kepada anak-anak kita pada masa hadapan. Rajin-rajinlah tolong Ibu memasak didapur.

Image from: Masakan #TheGoodStuff
Kuew teuw goreng. Gambar oleh: nor hafiza abd hamid

Pelbagai jenis menu masakan ketika berkumpul dibulan puasa. Video oleh: nor hafiza abd hamid

Pelbagai Jenis menu yang dimasak ketika kenduri-kendara secata bergotong-royong. Video oleh: nor hafiza abd hamid

Coq kodok @ cucur kodok Pisang Salah satu kuih tradisional dikampung-kampung selalunya menu ni dimasak waktu pagi dan petang. Video oleh: nor hafiza abd hamid

Image from: Masakan #TheGoodStuff
Ketupat palas yang sinonim dibelah utara.Masakan ini bukan sahaja dimasak sewaktu Hari Raya malah Hari-hari biasa Pon boleh dimasak. Video oleh: nor hafiza abd hamid

Bergotong-royong memasak bihun goreng. Video oleh: nor hafiza abd hamid


Image from: Masakan #TheGoodStuff
Hantar artikel/video berkaitan #TheGoodStuff dan menangi hadiah sebanyak RM11,000! Ketahui lebih lanjut di sini.  


nor hafiza abd ham adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.