Masalah air Kota Kinabalu, Tuaran selesai Feb

21 Jan 2024 • 12:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Masalah bekalan air yang membelenggu Kota Kinabalu, termasuk warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan kawasan Tuaran, dijangka selesai sepenuhnya pada Februari.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Kerja Raya berbincang mencari kaedah penyelesaian terbaik berhubung isu bekalan air Sabah terutama melibatkan projek Loji Rawatan Air (LRA) Telibong Fasa II, dekat sini.

Mengarahkan perkara itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata kedua-dua kementerian terbabit perlu mengadakan perbincangan bersama agensi berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Air Negeri Sabah dalam tempoh dua minggu ini.

Tidak hanya mencari penyelesaian isu berbangkit termasuk dalam aspek perpaipan, Fadillah berkata perbincangan itu perlu dilakukan bagi membolehkan pasukan teknikal mengemukakan anggaran kos tambahan diperlukan agar dapat diangkat semula untuk perhatian kerajaan Persekutuan.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Projek ini akan memerlukan peruntukan tambahan dan daripada dua minggu (perbincangan) itu nanti apabila ada penyelesaiannya siap bersama anggaran kos.

“Projek ini adalah melalui pinjaman, jadi, kita kena berbincang bagaimana mencari dana tambahan daripada peruntukan yang ada khususnya dalam bentuk pinjaman itu untuk menyelesaikannya,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai perkembangan projek LRA Telibong Fasa II di sini, Sabtu.

Turut hadir Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Limus Jury dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang juga Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Lawatan kerja pada Sabtu melibatkan Projek Penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air (LRA) Telibong Fasa II, daripada 80 Juta Liter Harian (JLH) kepada 160 JLH termasuk saluran paip utama dan tangki simpanan.

Difahamkan, ketika ini pengguna di kawasan Kota Kinabalu dan Tuaran masih berdepan gangguan bekalan berikutan kadar penyaluran air dari loji yang memproses air Sungai Tuaran itu berada di bawah tahap permintaan.

Sejak tahun lalu, pengguna di kedua-dua kawasan ini mengalami masalah air yang kritikal hingga menjejaskan rutin harian termasuk pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang sebelum ini mengadu tidak mandi berhari-hari disebabkan ketiadaan air.

Sementara itu, Fadillah akan turut meninjau projek Pembahagian Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Gudon sehingga Telipok, Kota Kinabalu dan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Sabah melibatkan Pakej 3.

“Projek Penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air Telibong II Tamparuli dilaksanakan berikutan pertambahan populasi yang tinggi dan pembangunan pesat di keseluruhan kawasan Utara dan Tengah Negeri Sabah.

“Ini menyebabkan permintaan air bagi kegunaan domestik, komersial dan juga industri meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurutnya, dengan pelaksanaan projek ini, ia sekali gus akan meningkatkan kapasiti simpanan air daripada 94.6 juta liter (JL) kepada 163.3JL.

“Seterusnya peningkatan tahap operasi dan perkhidmatan bekalan air melibatkan anggaran penduduk seramai 441,000 orang dan peningkatan liputan bekalan ke kawasan Utara Pantai Barat Selatan (Tuaran, Telipok, Menggatal, Inanam dan Likas).

“Projek ini sudah siap 94.57 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari,” ujarnya.

Beliau mengulas lanjut, projek Pembahagian PPU Gudon sehingga Telipok, Kota Kinabalu pula dibina untuk meningkatkan pembekalan tenaga elektrik ke kawasan Gudon, Sepanggar dan sekitarnya disebabkan peningkatan kapasiti beban.

Selain itu, PPU Gudon juga mampu memastikan pengguna di kawasan Gudon mendapat bekalan elektrik yang berdaya harap.

“Projek ini sudah siap 49 peratus dan dijangkai siap sepenuhnya pada Ogos.

“Manakala projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog melibatkan Pakej 3 pula bertujuan mengurangkan keluasan kawasan yang dilanda banjir di dalam di kawasan sekitar Sungai Moyog, terutamanya di kawasan Kepayan, Pekan Kibabaig, Pekan Donggongan dan Pekan Putatan.

“Pelaksanaan projek ini akan dapat mengurangkan magnitud dan kekerapan banjir sekali gus meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup penduduk di kawasan Pekan Kibabaig, Pekan Donggongan dan Pekan Putatan.

“Projek ini sudah siap 82.64 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember,” tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.