Masalah air UMS dijangka selesai Mac, kata Zambry

16 Jan 2024 • 6:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

JASIN: Pembinaan telaga tiub bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka siap Mac ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, projek itu kini dalam fasa pemasangan tiub di beberapa lokasi dikenal pasti oleh UMS yang mempunyai bekalan air.

“UMS memerlukan kira-kira lima ke lapan juta liter bekalan air sehari. Keperluan untuk dapatkan telaga tiub ini sebagai tambahan bagi membantu sebanyak 30% (daripada jumlah keseluruhan keperluan air di UMS).

“Nak kata (masalah air dapat) selesai (secara) keseluruhan, ia perlu (campur tangan) kerajaan Sabah,” katanya di Serkam Pantai di sini, hari ini.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Media sebelum ini melaporkan enam telaga tiub dibina bagi mengatasi masalah bekalan air di UMS dengan peruntukan RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei 2023.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud dilaporkan berkata, projek pembinaan empat telaga tiub sedang dilaksanakan dua kontraktor yang kini dalam fasa penggerudian.

Zambry berkata, pengurusan universiti perlu peka dengan sebarang masalah yang berlaku di institusi pendidikan mereka kerana ia melibatkan kebajikan pelajar.

“Saya tahu mereka (UMS) menghadapi masalah besar dan berpanjangan sejak 2021. Seharusnya universiti menjadikan ia keutamaan (untuk menyelesaikan masalah air tersebut). Alasan tak ada peruntukan, mereka boleh maklumkan kepada kerajaan untuk selesaikan.

“Saya elak untuk letak tuduhan, menyalahkan (pengurusan universiti). Saya nak kita bekerja untuk selesaikan masalah.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.