Masalah dokumentasi sejak lahir punca utama ketiadaan MyKad

LocalPolitics
20 Dec 2025 • 8:36 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PETALING JAYA, 20 DIS: Ketiadaan kad pengenalan dalam kalangan golongan muda dikenal pasti berpunca daripada masalah dokumentasi sejak lahir, termasuk kelahiran tidak sah taraf, bayi dibuang, pengangkatan tanpa dokumen dan ibu bapa tanpa kewarganegaraan.

Presiden Pembangunan Sumber Manusia untuk Kawasan Luar Bandar (DHRRA) Malaysia, Datuk Saravanan M Sinapan berkata kebanyakan kes bukan disebabkan kesalahan pemohon, sebaliknya berpunca daripada kecuaian atau kekangan dialami ibu bapa sehingga proses pendaftaran rasmi tidak dapat dilakukan.

"Antaranya termasuk kes kelahiran tidak sah taraf yang tiada sijil perkahwinan, bayi dibuang, dan pengangkatan tanpa dokumen.

“Kes paling membimbangkan ialah wanita sendiri tidak mempunyai dokumen atau kewarganegaraan. Jika isu ini tidak diselesaikan sebelum mereka melahirkan, masalah tersebut akan diwarisi anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Literasi Undang-Undang: Isu Kewarganegaraan di Dewan Dato' Hormat, di sini, semalam.

Program berkenaan berfungsi sebagai platform membantu pemohon, khususnya anak muda lahir di Malaysia, mendapatkan panduan jelas bagi memohon MyKad.

Saravanan berkata, terdapat juga kes ibu tidak dapat pulang ke negara asal untuk menguruskan dokumentasi akibat kekangan kehamilan dan permit kerja, menyebabkan anak dilahirkan tanpa status yang jelas.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung berkata program literasi undang-undang akan diteruskan bagi membantu individu dan kanak-kanak tanpa kad pengenalan serta surat beranak.

Beliau menegaskan pendekatan berperikemanusiaan serta kerjasama antara wakil rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) penting bagi memastikan golongan terjejas tidak terus tercicir daripada sistem.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved