Masalah Internet Di 12 Sekolah Lembah Pantai Akan Diselesaikan - Fahmi

16 May 2023 • 8:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Fahmi Fadzil - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Masalah Internet di 12 sekolah kebangsaan di kawasan Parlimen Lembah Pantai akan diselesaikan secara berperingkat dengan bantuan Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar Pudu, kata Ahli Parlimen kawasan itu Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata TM dan PPD Bangsar Pudu sudah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dan sebagai permulaan TM akan pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar esok untuk menilai keperluan Internet di situ. 

"Proses tersebut akan memakan sedikit masa kerana harus mendapat kelulusan ke kawasan sekolah serta meneliti apa keperluan yang perlu, khususnya untuk bilik guru supaya Internet itu cukup bagi kegunaan harian guru,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Raya Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Sambutan Hari Guru bersama warga pendidik Lembah Pantai di SMK Seri Pantai, di sini hari ini.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya sekolah-sekolah di sekitar Lembah Pantai berkolaborasi dengan syarikat gergasi yang berpangkalan di kawasan itu dari segi pendigitalan.

“Kerjasama dengan syarikat-syarikat tersebut juga sedikit sebanyak dapat menunjukkan kepada anak-anak (murid sekolah) bagaimana masa depan mereka dari segi pekerjaan yang mungkin jauh berbeza dengan dahulu…” katanya kepada pemberita selepas majlis. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved