
SELEPAS menghadapi isu pencuri logam yang merosakkan lampu jalannya untuk mendapatkan tembaga dalam sesetengah kabel, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kini berdepan pula dengan gelandangan kurang siuman yang merosakkan kemudahan ini.
Wayar di dalam sebuah panel kawalan, yang berkaitan dengan lampu awam di satu bahagian Teluk Likas, dipotong oleh seorang pengemis awal bulan ini.
Seorang lagi gelandangan membakar sampah berhampiran lampu jalan di pembahagi di tengah jalan utama di Sembulan sekitar waktu ini, memberi gambaran kepada pemandu bahawa tiang lampu itu terbakar.
Jurucakap Jabatan Kejuruteraan agensi itu berkata kakitangannya sedang dalam perjalanan untuk melakukan pemeriksaan di kawasan UMS pada awal Disember, apabila mereka melihat “aktiviti mencurigakan” di panel kawalan tersebut. PELARASAN dibuat kepada pemasa untuk lampu-lampu itu.
SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Pepasangan itu terletak di median antara bulatan berhampiran kondominium Bay 21 dan Masjid Bandaraya, menurutnya.
“Pintu panel itu terbuka dan seorang lelaki tidak berbaju kelihatan mengusik sesuatu di dalamnya,” katanya.
“Kontraktor elektrik kami telah dimaklumkan tentang apa yang berlaku tetapi, pada masa dia dan kumpulan petugasnya tiba kurang 30 minit kemudian, pengemis itu sudah tidak kelihatan.”
Pemeriksaan panel mendapati wayar di dalamnya telah dipotong dua, katanya.
“Kontraktor berasa pelik kerana tiada wayar diambil. Ini tentu sudah berlaku jika pencuri logam yang melakukannya.”
Dia berkata sambungan rosak dibaik pulih serta-merta, termasuk sambungan ke fotosel yang akan menyebabkan lampu tidak berfungsi jika ia tidak dibaiki.
“Kami kepada orang sekitar mengenai pengemis itu dan menerima maklum balas daripada rakan-rakan Landskap kami yang pernah melihat individu itu merayau-rayau di bahagian lain Teluk Likas, dan ‘selalu kacau-kacau’ (sering mengusik) harta benda awam.
“Mereka beranggapan, berdasarkan penampilan dan tingkah lakunya, bahawa individu itu mungkin tidak siuman.”
Dalam kes Jalan Coastal di Sembulan, jurucakap itu berkata agensi itu menerima berita bahawa salah satu lampu jalannya di pembahagi antara Hotel Ming Garden dan Pusat Beli-Belah Imago terbakar pada suatu pagi hari bekerja.
“Beberapa pengguna jalan raya cemas melihat ‘banyak asap’ berkepul di sekitar tiang itu pada kira-kira jam 7 pagi.
“Jabatan Bomba dan Penyelamat dimaklumkan mengenai pemerhatian mereka.
“Bagaimanapun, apabila anggota bomba tiba, mereka mendapati asap itu bukan datang dari lampu jalan. Terdapat sampah yang dilonggokkan di median, tidak jauh dari tiang itu, yang terbakar.
“Mereka mengesyaki bahawa ada pelaku musnah telah membakar sampah. Kami tertanya-tanya jika pelakunya mungkin seorang lagi gelandangan yang juga kurang siuman.”
Dia berkata laporan polis dibuat mengenai perbuatan laku musnah berasingan ini.
Mengenai maklum balas bahawa panel di bahagian median di Jalan Lingkaran Kolombong-Lintas mungkin telah dilaku musnah, yang dapat menjelaskan kenapa lampu jalan menyala pada waktu siang tetapi tidak pada waktu malam, jurucakap itu berkata ia bukan disebabkan pihak tidak bertanggungjawab.
Dia berkata kontraktor agensi itu mendapati terdapat masalah dengan pemasa untuk kemudahan ini dan membaik pulih komponen tersebut.
Jurucakap itu kesal dengan pembaziran elektrik yang berlaku kerana lampu menyala pada siang hari, mengatakan kakitangannya akan berusaha untuk meningkatkan pengawasan mereka terhadap lampu-lampu di sepanjang jalan itu. JENTERA Skymaster dikerah untuk membantu dalam pembaikan lampu-lampu di Dah Yeh Villa.
“Kami berharap, dengan cara ini, ia akan dapat meminimumkan kemungkinan kuasa akan dibazirkan seperti ini pada masa hadapan.”
Juruteknik DBKK juga telah diminta untuk lebih peka terhadap pencahayaan awam di satu bahagian Dah Yeh Villa, menurutnya.
“Sebahagian daripada ‘contactor’ untuk lampu-lampu di Lorong Kenawai 4 didapati rosak. Ini menyebabkan jalan perumahan ini tidak berlampu untuk beberapa lama.”
Dia berkata sebuah jentera Skymaster telah dikerahkan untuk memudahkan kerja-kerja pembaikan. KOMPONEN rosak menyebabkan lampu-lampu seperti ini, tidak beroperasi selama beberapa lama.
Menurutnya, lampu-lampu ini diuji pada petang yang sama selepas ia dibaiki untuk mengesahkan ia beroperasi.
“Kontraktor terus memantau bahagian Dah Yeh Villa ini pada waktu malam selama seminggu selepas itu.
“Sepanjang tempoh itu, dia mengesahkan bahawa tiada apa-apa masalah dengan lampu di sini.”
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
