Masalah radar jejas 450 penerbangan di Chicago

25 Nov 2026 • 9:02 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Masalah radar jejas 450 penerbangan di Chicago

CHICAGO: Masalah pada sistem radar darat menyebabkan kelewatan ratusan penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare di Chicago, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, beberapa penerbangan terpaksa ditangguhkan sementara juruteknik membaiki peralatan kawalan trafik udara yang mengalami kerosakan.

Sistem radar pengawasan darat dan pengesanan itu digunakan oleh pengawal trafik udara untuk memantau pergerakan pesawat serta kenderaan di landasan dan laluan teksi lapangan terbang.

Kira-kira 12 peratus atau 350 penerbangan di lapangan terbang yang menjadi hab utama American Airlines dan United Airlines terjejas akibat gangguan itu.

FAA menyifatkan Selasa sebagai hari paling sibuk bagi perjalanan udara sepanjang tempoh cuti Thanksgiving.

Daripada jumlah penerbangan yang mengalami kelewatan, sebanyak 214 penerbangan merupakan penerbangan menuju ke Chicago.

FAA memaklumkan, kelewatan itu secara purata mencecah 47 minit dan gangguan dijangka berlarutan sehingga jam 1 pagi waktu Timur AS (6 pagi GMT) pada Rabu.- AGENSI

The post Masalah radar jejas 450 penerbangan di Chicago appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved