Masalah Rumah Tangga, Punca Seorang Lelaki Bakar Kereta Isteri

LocalPolitics
3 Feb 2025 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara masalah rumah tangga, seorang suami sanggup membakar kereta isterinya dalam satu kejadian di Jalan Tebrau, Johor Bahru, malam tadi.

Mujur, tiada yang maut dalam insiden yang berlaku dalam sekelip mata itu,

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kejadian khianat itu dilakukan sendiri oleh suami kepada pemilik kereta Vios yang menyebabkan mangsa kerugian hampir RM90,000.

Beliau berkata, siasatan mendapati, suami mangsa yang berusia 25 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati terhadap isterinya yang berusia 21 tahun susulan perselisihan faham rumah tangga.

Suspek yang menaiki Toyota Vellfire menghalang kereta dinaiki isterinya bersama dua wanita lain serta seorang lelaki.

image is not available

"Suspek bertindak menyimbah petrol dan membakar kereta sebelum melarikan diri dari lokasi dengan Toyota Vellfire," katanya dalam satu kenyataan

Susulan kejadian itu kereta Toyota Vios milik isterinya terbakar 80 peratus dan wanita terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Majidee.

Katanya, polis giat mengesan lelaki tersebut bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.