Masalah sistem I-SPKP dalam talian akan diatasi

5 Feb 2024 • 2:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Masalah Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan (I-SPKP) dalam talian akan diperhalusi dan diatasi setelah beberapa kelemahan dikesan.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Vivian Wong berkata, buat masa ini pengguna masih boleh ke cawangan untuk membuat permohonan secara luar talian sekiranya pendaftaran kenderaan perdagangan atas talian tidak berjaya.

Katanya ini termasuklah bagi permohonan baharu, membaharui, ubahsyarat, membatal serta mencetak permit.

Jelasnya, pihaknya dimaklumkan bahawa ramai pemohon tidak dapat menghantar permohonan mereka berikutan beberapa masalah antaranya pembayaran dan isu teknikal yang lain menerusi sistem I-SPKP.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Namun, pengguna disarankan untuk menggunakan sistem atas talian dan hanya ke cawangan jika menghadapi masalah sewaktu membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan berkaitan daripada pegawai kita,” tambahnya.

Vivian berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga LPKP Sabah di Tawau.

Vivian yang juga Ahli Parlimen Sandakan berkata pihak pelesenan LPKP sedang giat membuat tindakan susulan menerusi kejuruteraan sistem.

“Kita akan membuat tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah sedia ada dan memperhalusi lagi sistem supaya ia dapat memberikan kemudahan yang baik kepada kesemua pengguna sistem itu,” katanya lagi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article