Masalah Teknikal Pada Sayap, MAS Lakukan Pendaratan Cemas Di Miri Dengan Selamat

11 Feb 2023 • 6:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Masalah teknikal pada sayap, punca pesawat mendarat cemas

Masalah Teknikal Pada Sayap, MAS Lakukan Pendaratan Cemas Di Miri Dengan Selamat. Sebuah pesawat Boeing 737 milik Malaysian Airlines (MAS) selamat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Miri pagi tadi, selepas berdepan detik cemas apabila mengalami masalah teknikal pada sayap.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, telah memberikan kenyataan ringkas mengenai kejadian ini. Beliau menerima laporan berkenaan dengan kejadian dan memaklumkan agensi berkaitan untuk bersiap sedia.

image is not available

Pesawat membawa 101 penumpang dan kru, termasuk seorang bayi.

Difahamkan bahawa pesawat MH2574 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Miri itu membawa 101 penumpang dan kru, termasuk seorang bayi. Ia dijadualkan mendarat pada pukul 11.10 pagi namun hanya berjaya mendarat pada pukul 11.44 pagi, selepas beberapa kali cubaan melakukan pendaratan.

Saya telah menerima laporan bahawa terdapat arahan bersiap sedia kerana berlaku masalah teknikal pada pesawat (masalah sayap). Semua agensi berkaitan telah dimaklumkan dan bersiap sedia,”

image is not available

Menurut Menteri Pengangkutan, kejadian ini tidak mempengaruhi operasi lapangan terbang. Semua penumpang dan awak kapal terbang berada dalam keadaan selamat.

Lagi artikel semasa, anda boleh lihat pautan di bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved