“Masanya Telah Tiba..” – Suhaimi Sulaiman Sah Letak Jawatan, Tinggalkan RTM

LocalPolitics
10 Feb 2026 • 6:35 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman, 64, mengesahkan beliau akan mengundurkan diri daripada jawatan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkuat kuasa penghujung Februari ini.

Keputusan itu, menurut Suhaimi, dibuat atas faktor peribadi bagi memberi tumpuan kepada diri sendiri serta perniagaan selepas lebih tiga tahun berkhidmat di stesen penyiaran awam tersebut.

“Ini sebahagian daripada perjalanan hidup. Sampai satu tahap, kita merasakan perlu bergerak ke hadapan dan melakukan perkara lain,” katanya, hari ini.

image is not available

Suhaimi Sulaiman Sah Letak Jawatan

Suhaimi yang sebelum ini pernah bersara berkata beliau masih mempunyai banyak perkara ingin dilakukan, sama ada dari segi profesional mahupun peribadi.

Selepas menamatkan perkhidmatannya, beliau akan memberi fokus kepada perniagaan kafe Sambal & Style serta pengurusan asrama pengembara di Melaka.

Beliau turut berhasrat kembali aktif dalam bidang konsultasi, latihan media, kejurulatihan eksekutif, serta komunikasi krisis yang terpaksa ditangguhkan sepanjang tempoh perkhidmatannya di RTM.

“Saya juga merindui kerja-kerja konsultasi dan latihan media yang sebelum ini terpaksa diketepikan sepanjang di RTM,” tambahnya.

image is not available

Artikel lain: Elak Isu Terus Berpanjangan, Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Siaran RTM

Tegas Suhaimi, keputusannya telah dipersetujui oleh pihak berkaitan selaras dengan klausa kontrak dan berbincang dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Fahmi Fadzil, serta Ketua Setiausaha.
“Saya tidak bimbang mengenai masa depan RTM kerana asasnya sangat kukuh. Warga kerja RTM terdiri daripada kakitangan yang hebat dan profesional. Saya sudah menganggap mereka seperti adik-beradik sendiri,” ujarnya.

image is not available

Sebelum ini, Suhaimi pernah memegang pelbagai jawatan kepimpinan dalam industri penyiaran termasuk di Astro Awani, Media Prima, dan TV Sarawak, sambil menyifatkan pengalamannya di RTM sebagai satu kembara yang indah dan bermakna

Sumber: mStar Online (Nazrin Zulkafli)

The post “Masanya Telah Tiba..” – Suhaimi Sulaiman Sah Letak Jawatan, Tinggalkan RTM appeared first on Borak Daily.

View Original Article