Masdo beraksi di Mongolia, Korea Selatan

20 Jul 2024 • 2:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

KUGIRAN popular Masdo meluahkan rasa syukur dan teruja selepas berjaya melengkapkan siri jelajah mereka di beberapa kota di Indonesia.

Menerusi siri jelajah ‘Perih Jerih Indonesia Promo Tour’, Masdo melewati beberapa provinsi iaitu Bandung, Jakarta, Yogyakarta dan Bali untuk bertemu peminat, sekali gus mempromosikan single terbaru mereka, Perih Jerih.

Vokalis, Ali Sariah berkata mereka cukup terharu dapat bertemu peminat mereka di Indonesia.

“Kami sangat teruja dengan ‘Masdo Perih Jerih Indonesia Promo Tour’ pada kali ini kerana selain promo di radio, kami juga dapat membuat persembahan secara ‘intimasi’ bersama peminat di Indonesia, serta turut berpeluang ke kota-kota besar seperti Bandung, Jakarta, Jogja dan Bali.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Di antara momen yang terkesan buat kami adalah sewaktu membuat persembahan di kafe JRNY Coffee & Records, Jogja kerana walaupun pertama kali ke situ, energi ‘vibe’ peminat yang hadir pada malam itu sangat memberi kesan positif dan meninggalkan kesan yang mendalam, kerana ada yang hadir sejauh 7 jam dari Kota Jogja.

“Kami yakin dengan pendekatan sebegini, tidak mustahil untuk Masdo mendapat tempat lebih besar di pasaran Indonesia, dan jutaan terima kasih buat Warner Music Malaysia dan Indonesia, Enrich serta Klook kerana membantu dan memudahkan perjalanan kami di sana,” kata Ali.

Sementara itu, pemain bass Putu Ceri bersyukur kerana single Perih Jerih mendapat sambutan walaupun kedengaran berbeza dengan single mereka yang lain.

“Rata-rata pendengar suka dengan kematangan dalam setiap karya Masdo,” tambahnya. Baru sahaja selesai siri jelajah di Indonesia, Masdo terbang pula ke Ulaanbaatar di Mongolia bagi menjayakan Playtime Festival, dari 3 hingga 5 Julai lalu.

Sejurus itu, Masdo yang terdiri daripada Ali Sariah (vokalis), Putu Ceri (bass) dan juga Asmawi (gitaris) terus ke Busan, Korea Selatan untuk membuat persembahan di Round Festival (Asean Korea Music Festival) dari 6 hingga 10 Julai.

Putu Ceri berkata walaupun penat, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka untuk membuat persediaan di Mongolia dan Korea Selatan.

“Kami lebih fokus untuk memberi impak dalam persembahan dan mencari kelainan dengan membuat rujukan dari persembahan artis-artis terkenal antarabangsa, melihat bagaimana mereka mengelola pentas yang besar.

“Sewaktu berada di Playtime Festival (Mongolia), walaupun berlainan bahasa, penonton tetap ‘enjoy’ dan mereka sempat melaungkan ‘ehhh, ahhh’ beramai-ramai, manakala peluang dapat membuat persembahan di Round Festival (Korea Selatan) merupakan sebuah penghormatan buat kami kerana sebaris dengan nama-nama besar di arena antarabangsa.

“Untuk Round Festival, kami mendapat jemputan eksklusif dari Korean Broadcasting System (KBS) dan Masdo mewakili Malaysia di antara 11 negara Asean yang turut dijemput,” katanya.

Penyertaan Masdo di kedua-dua festival turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Sementara itu, Asmawi berkata mereka sudah pun merencanakan beberapa projek untuk 2025.

Antaranya sebuah album penuh sempena ulang tahun penumbuhan mereka yang ke-10, dan akan disusuli dengan siri jelajah di serata Malaysia, Singapura dan Indonesia.

“Kami berharap dengan penyertaan festival-festival antarabangsa ini dapat membuka jalan dalam membuktikan bahawa muzik Malaysia juga setara dengan negara lain, dan seterusnya menimba banyak lagi ilmu kerana misi kami adalah mencari kelebihan dan cuba menutupi kekurangan dalam setiap perjalanan bermuzik Masdo,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.