“Masih Ada 7 Warga Malaysia” – Janji Dibayar RM15K Sebulan Kerja Di Taiwan, Lelaki Ini Jadi Mangsa Pemerdagangan Manusia

18 Jul 2024 • 12:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Utusan Malaysia, seorang lelaki mengimbau kembali momen ‘hitam’ apabila dirinya dikurung dalam bilik yang gelap selama tiga hari tanpa makan atau minum selepas menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myanmar, lima bulan lalu.

Janji gaji berbelas ribu, rupa-rupanya..

Lelaki yang dikenali sebagai Steven, 38, menceritakan dirinya dikenakan hukuman sedemikian kerana gagal memenuhi permintaan majikan sewaktu itu.

Katanya lagi, dia berada disana bukan sebagai scammer, sebaliknya perlu menjadi penterjemah bahasa tetapi pekerjaan yang dilakukan tidak dibayar oleh majikan sama sekali, biarpun sudah lima bulan bekerja.

image is not available

Dia minta saya jadi penterjemah dari bahasa lain kepada bahasa Melayu. Saya bahasa Melayu pun kurang. Setiap kali tidak dapat terjemah, saya dipukul oleh mereka.

‘Masih ada 7 mangsa warga Malaysia’

Tidak tahan diperlakukan sedemikian, Steven nekad melarikan diri selepas menyogok kumpulan sindiket itu dengan sejumlah wang RM10,000.

Tambahnya lagi, selain dirinya yang menjadi mangsa, masih terdapat tujuh warga Malaysia yang masih berada di sana dan kebanyakannya adalah berbangsa India.

image is not available

Steven bercerita dia diminta untuk terbang ke Bangkok, Thailand sekitar Februari selepas menerima tawaran peluang bekerja di sebuah bar di Taiwan dan dijanjikan bayaran yang lumayan sebanyak RM15,000.

Bagaimanapun, selepas tiga minggu di sana (Bangkok), mereka kemudian bawa saya ke Myawaddy. Sebaik tiba di sana, saya dipukul, diseksa dengan renjatan elektrik. Ketika itu saya baru sedar saya ditipu.

image is not available 5 months ago

Kisah Lelaki OKU 'Travel' 1 Kilometer Dengan Kerusi Roda Setiap Hari Untuk Jual Nasi Lemak - "Sedih, Tapi Hidup Saya Tenang..."