Masih Belum Dapat Lesen Berniaga, Wanita Berang Penguatkuasa Ambil Kesempatan ‘Pau’ Duit

19 Jun 2023 • 5:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita yang baru memulakan perniagaan cetakan baju meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan penguatkuasa yang bertugas di kawasan tersebut.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, wanita itu memaklumkan bahawa perniagaannya masih belum mendapatkan lesen kerana beberapa dokumen masih sedang diproses.

Namun, wanita itu mendedahkan seramai enam orang pengetuakuasa telah datang ke premisnya untuk meminta duit ‘poket’ dan beberapa barang seperti baju dan topi yang dijualnya.

image is not available

Tidak hanya itu, ahli penguatkuasa lain telah datang sekali lagi untuk memberi saman gara-gara premisnya masih belum mendapatkan lesen.

Eh habis tu semalam yang aku bayar duit kau mintak tu apa? Ambik barang-barang, walaupun aku kata meniaga online. Tu semua barang sample. Aku tak jual baju ready. Nak jugak tau amik.

Dalam pada itu, wanita berkenaan berkata dia mempunyai bukti video rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan pihak penguatkuasa yang meminta rasuah tersebut.

Korang makan duit haram bagi anak bini keluarga dan diri sendiri. Duit tak halal. Konon nak tolong settle. Alih-alih, harini datang org lain saman. Hebat betul dunia sekarang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 19 jam lalu

Gara-Gara Bapa Kahwin Lari Di Thailand, Wanita Terkejut Suami Rupanya Abang Sendiri