Masih berbaju sekolah, lepasan SPM beratur di balai polis lepas kena ‘angkut’

17 Jan 2025 • 6:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Masih berbaju sekolah

Video deretan pelajar masih berbaju sekolah dilihat beratur memasuki balai polis tular di media sosial apabila mereka sepertinya merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melihat dari contengan di pakaian masing-masing.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai mtrulll, dia telah memuat naik video situasi pelajar-pelajar yang dipercayai baru selesai menduduki peperiksaan SPM berada di balai polis trafik dengan motosikal yang dipercayai ditunggang mereka.

https://www.tiktok.com/@mtrulll/video/7460532261348314388

Masih berbaju sekolah masuk ke dalam balai

Dapat juga dilihat mereka sedang mengaturkan motosikal tersebut diperkarangan balai polis sebelum memasuki balai tanpa dimaklumkan tujuannya.

https://www.tiktok.com/@mtrulll/video/7460533647846952210?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7379894777611830791

Motosikal dipercayai milik pelajar masih berbaju sekolah disita

Menurut pengguna TikTok itu lagi, motosikal yang ditunggang mereka mungkin disita apabila motosikal dan pelajar yang masih berbaju sekolah berada di dalam trak polis.

image is not available

Lagi 10 tahun mesti akan ingat momen ini

Pelbagai maklum balas diterima di video yang berdurasi 27 saat itu apabila melihat anak-anak muda yang masih berbaju sekolah sudah berada di balai polis atas kesalahan trafik.

Ada juga yang menyatakan mungkin dalam beberapa tahun lagi mereka bakal menjadi salah satu anggota badan beruniform dan apa yang terjadi merupakan satu pengalaman hidup.

image is not available

Boleh dah lepas SPM interview jadi polis

image is not available

Ada yang kongsi pengalaman hampir sama

image is not available

Jangan blacklist mereka, perjalanan mereka masih panjang

image is not available

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan daripada mereka berkenaan situasi yang berlaku memandangkan tiada keterangan dinyatakan dalam posting tersebut.

Apa-apa pun, semoga mereka menjadi insan yang berguna di masa hadapan kerana mereka masih lagi muda dan panjang lagi perjalanan dalam hidup.

Sumber: TikTok mtrulll