Masih ‘Berbisa’ Di Usia 73 Tahun, AR Badul Nikahi Pelakon Annie Arifin?

Entertainment
14 Jun 2023 • 1:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama pelakon veteran, AR Badul tiba-tiba sahaja menjadi sebutan netizen apabila dia didakwa telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Annie Ariffin.

Ditemui media, AR Badul walau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah semata-mata.

image is not available

Sumber : The Star  

Kata Badul, Annie lebih berhak mencari pasangan yang lebih baik berbanding dirinya.

Dari mana khabar angin itu datang? Sebelum ini ada dakwaan mengatakan Annie anak saya. Berita itu tidak benar sama sekali.

Mungkin Annie boleh cari lelaki yang lebih baik daripada saya. Dunia sekarang memang macam ni (wujud fitnah).

Ujarnya lagi, dia tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar apabila diberikan peluang dan sedar akan usianya yang kini sudah mencecah 73 tahun.

Saya dah 73 tahun, takkan tak sedar diri lagi. Bukan kata saya baik. Saya tiada kesal, ini kerana itu merupakan asam garam apabila bergelar selebriti.

Zaman dulu saya kacak orang sering kaitkan dengan mana-mana wanita, kalau sekarang pun masih ada, saya anggap alah bisa tegal biasa.

Terdahulu, AR Badul pernah difitnah telah meninggal dunia oleh individu tidak bertanggungjawab selain didakwa menggunakan ‘ilmu’ tertentu kerana sering didekati wanita.

image is not available 21 jam lalu

"Nak Berhijab, Pakai La Betul-Betul" -Pakai Tudung Tapi Nampak Dada, Peminat Nasihat Fathia Latiff