Masih Dalam Perancangan, Projek Underpass Bakal Dibina Di Matang -ADUN Tupong

26 Apr 2023 • 3:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rancangan tersebut telah menerima maklum balas positif dari kerajaan

Masih Dalam Perancangan, Projek Underpass Bakal Dibina Di Matang -ADUN Tupong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman, telah menerima maklum balas positif daripada kerajaan bagi projek pembinaan underpass di Matang Jaya.

Dengan harapan projek ini akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas setelah pembesaran Jalan Matang dilaksanakan.

Underpass Petrajaya

Bakal mengambil masa yang banyak secara berfasa

Kata beliau dalam satu kenyataan, beliau telah difahamkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), mereka menghadapi beberapa cabaran kerana laluan kabel utiliti perlu dialih terlebih dahulu.

Ini akan mengambil sedikit masa tetapi mereka telah memulakan proses mengambil alih kabel sekarang secara berfasa.

image is not available
Masih Dalam Perancangan, Projek Underpass Bakal Dibina Di Matang -ADUN Tupong

Saya telah memohon kepada kerajaan untuk melaksanakan satu lagi projek underpass seperti underpass di Petra Jaya, kerana ia dapat melancarkan kesesakan lalu lintas.”

Beliau telah diberi jaminan bahawa kontraktor terbabit akan bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad dan Lembaga Air Kuching untuk memastikan pengalihan utiliti berjalan lancar.

Demikian mengenai kos, beliau tidak pasti mengenai perkara berkenaan namun percaya ada peningkatan kos disebabkan harga barangan yang semakin naik.

image is not available

Beliau percaya projek ini akan dilaksanakan dengan berkesan dan setelah jalan siap, lalu lintas di kawasan itu akan berjalan lancar dari Matang hingga ke bulatan Emart. Meskipun kos projek belum pasti, beliau berterima kasih kepada Jabatan Kerja Raya kerana jalan tersebut telah dipasang lampu sementara demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Lagi artikel terkini, anda boleh baca pautan di bawah: