“Satu darab dua, dua… dua darab dua, empat…” Siapa sangka bait sifir yang ringkas ini masih menjadi nostalgia buat ramai yang membesar sekitar era 1990-an.
Menerusi rancangan kanak-kanak popular Along, kaedah menghafal sifir yang diperkenalkan ketika itu bukan sahaja menghiburkan, malah cukup mudah diingati sehingga masih disebut-sebut oleh generasi berkenaan.
Siti Sifir Jadi Memori Zaman Kanak-Kanak
Bagi generasi 90-an, rancangan Along pastinya mempunyai tempat tersendiri kerana pernah menjadi antara program kanak-kanak yang cukup popular sekitar 1990-an sehingga 2003.
Rancangan tersebut menampilkan tiga karakter utama iaitu Along sebagai peneraju, selain Achik dan Angah.
Antara segmen yang paling mencuri perhatian ketika itu ialah Siti Sifir, yang menampilkan seorang kanak-kanak perempuan mengajar sifir dengan cara yang cukup menghiburkan dan mudah diingati.
Tidak hairanlah sehingga kini, ramai masih mengingati kaedah pembelajaran sifir berkenaan dan menganggapnya sebagai salah satu kenangan manis zaman kanak-kanak.
Hampir 20 Tahun Berlalu, Ini Wajah Terkini Siti Sifir
Selepas hampir dua dekad berlalu, persoalan mengenai perkembangan Siti Sifir pastinya pernah bermain di fikiran ramai.
Adakah dia kini masih bergelar selebriti atau memilih kehidupan di luar industri hiburan?

Hasil carian netizen di media sosial mendapati wanita yang dikenali sebagai Sabrina Musfirah dipercayai merupakan individu yang pernah membawa watak Siti Sifir dalam rancangan berkenaan.
Kini sudah dewasa, perubahan Sabrina pastinya membuatkan ramai teruja apabila kembali mengenang figura yang pernah menceriakan zaman kanak-kanak mereka.
Walaupun sudah bertahun-tahun berlalu, karakter Siti Sifir dan kaedah menghafal sifir yang diperkenalkannya kekal menjadi memori yang sukar dilupakan oleh generasi 90-an.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Di Mana Sulong Pagi Ni?” – Netizen Risau Nasib Gajah Cedera Di Laluan Gerik-Jeli
The post Masih Ingat Siti Sifir? Hampir 20 Tahun Berlalu, Wajah Terkini Sabrina Musfirah Curi Perhatian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
