Masih Lengkap Dengan Pakaian, Tengkorak Ditemui Dalam Kuarters Terbiar Di Membakut Sabah

19 Apr 2024 • 4:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rangka manusia ditemui di kuarters guru terbiar

Masih Lengkap Dengan Pakaian, Tengkorak Ditemui Dalam Kuarters Terbiar Di Membakut Sabah. Pada pagi semalam, sekitar pukul 9 pagi, pekerja pembersihan telah menemui rangka manusia di sebuah kuarters perumahan guru yang telah ditinggalkan di Membakut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort, Asisten Superintenden Weddrin Mojingkin, menjelaskan bahawa rangka itu berada dalam keadaan terlentang dan masih lengkap dengan pakaiannya.

image is not available
Masih Lengkap Dengan Pakaian, Tengkorak Ditemui Dalam Kuarters Terbiar Di Membakut Sabah. Sumber: Sinar Harian

Beliau menambah bahawa tempoh kematian mangsa itu sudah lama berdasarkan keadaan mayat yang hanya tinggal tulang.

Kuarters tersebut dipercayai sudah 5 tahun ditinggalkan kosong

Kuarters perumahan tersebut juga telah ditinggalkan kosong sejak 5 tahun yang lalu. Dalam siasatan lanjut, didapati terdapat satu wayar putih yang tergantung di atas kipas dan sebuah kerusi plastik di dalam bilik itu.

Setakat ini, identiti mangsa masih belum dapat dikenalpasti dan pihak polis tidak menemui sebarang kesan jenayah di tempat kejadian. Kertas siasatan telah dibuka dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut berdasarkan siasatan lokasi kejadian.

Semua tulang berkenaan telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat bagi mengenalpasti identiti mangsa dan punca kematiannya.

Baca juga artikel yang berkaitan: