Masih Ramai Takut Nak Beli EV, Kerajaan Bakal Buat Sesuatu

LocalCars
13 Aug 2024 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Biarpun, pasaran Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia masih terhad berbanding di beberapa negara lain, namun industri itu akan berkembang pesat pada masa depan.

Untuk itu, kerajaan akan memberi fokus kepada penyediaan ekosistem yang mencukupi bagi membantu memastikan pembangunan industri EV di negara ini.

image is not available

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui Malaysia baru sahaja mahu menembusi EV.

“’Memang di Malaysia, kita baru bermula dan belum ada anjakan besar di mana pembelian EV ketika ini masih pada kadar rendah. Ini kerana ramai yang masih teragak-agak sama ada hendak membeli kenderaan EV atau kenderaan biasa (iPE). Mereka sedar akan berdepan pelbagai kekangan jika membeli EV, seperti dari segi stesen pengecasan dan harga jualan.

"Ini memang suatu isu yang besar, justeru kerajaan memberi tumpuan memastikan ekosistem EV adalah lengkap,” katanya.