Masih Tiada Tindakan Sewajarnya, Keadaan Sekolah Daif Di Kapit Ini Buat Netizen Prihatin

17 Nov 2022 • 12:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sekolah Kebangsaan Mujong Tengah ini terletak di Kapit, Sarawak

Masih Tiada Tindakan Sewajarnya, Keadaan Sekolah Daif Di Kapit Ini Buat Netizen Prihatin. Hati mana yang tak sedih apabila melihat keadaan sekolah yang daif ini menjadi tempat pembelajaran buat anak-anak yang bakal menjadi peneraju masa hadapan.

Baru-baru ini telah tular satu rakaman video berdurasi 12 saat yang memaparkan keadaan sekolah di Kapit yang agak daif di mata netizen. Hal ini telah menarik perhatian netizen sekali gus membuat netizen prihatin dan menyeru agar pihak berkuasa untuk turun padang menyelesaikan masalah tersebut.

image is not available
Masih Tiada Tindakan Sewajarnya, Keadaan Sekolah Daif Di Kapit Ini Buat Netizen Prihatin. Kredit: FB Buletin Kapit,Sarawak

Sekolah ini adalah sekolah berasrama penuh

SK Mujong Tengah merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan pedalaman Kapit, Sarawak. Jarak sekolah dengan pekan Kapit adalah dalam 80 km dan mengambil masa 4 jam 30 minit melalui jalan sungai, iaitu Sungai Rejang.

Apa yang membuatkan netizen prihatin adalah keadaan sekolah yang sudah tertanggal cat dan ada juga yang kelihatan seperti sudah berkulat pada dinding sekolah. Difahamkan bahawa perkara ini sudah lama dibiarkan dan masih belum ada tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa hingga sekarang.

image is not available
Kuartes staf SK Mujong Tengah. Kredit: FB Muhkriz Nanil Ris

Klik pautan ini untuk lihat keadaan sekolah tersebut>> klik sini

Perkongsian milik akaun Facebook Buletin Kapit, Sarawak ini pada 12 November 2022, telah menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen meninggalkan komen untuk menyalahkan pihak yang atasan untuk fasiliti daif sekolah ini.

image is not available
Masih Tiada Tindakan Sewajarnya, Keadaan Sekolah Daif Di Kapit Ini Buat Netizen Prihatin. Kredit: FB Buletin Kapit,Sarawak