“Masih Wujud Ya Penulis Borang” – Uncle Caj RM5 Untuk Khidmat Isi Borang Jadi Tumpuan Netizen [Video]

LocalLifestyle
14 May 2026 • 4:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: “Masih Wujud Ya Penulis Borang” – Uncle Caj RM5 Untuk Khidmat Isi Borang Jadi Tumpuan Netizen [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Memang tidak dapat dinafikan, untuk mereka yang sudah bergelar dewasa, banyak borang yang perlu diisi untuk pelbagai urusan rasmi.

Namun antara masalah yang kerap berlaku adalah borang tersebut terlalu banyak hingga seseorang tidak cukup masa untuk mengisinya. Dalam segelintir kes, ada juga yang tidak tahu mengisi borang dengan betul sekaligus menyebabkan terdapat banyak kesalahan.

Baca Artikel Berkaitan: Tersilap Isi Borang Cukai Taksiran 2024? Ini Yang Boleh Anda Lakukan

Uncle Tawar Khidmat Tulis Borang Depan Pejabat KDN Jalan Duta Serendah RM5

Namun mereka yang berkunjung ke pejabat kerajaan berhampiran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Jalan Duta, Kuala Lumpur mungkin bernasib baik kerana ada penyelesaiannya.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Diana berkongsi video seorang pakcik yang menawarkan perkhidmatan menulis borang.

Harga yang dikenakan adalah berdasarkan borang pelanggan. Ada yang RM5, ada juga yang dicaj sebanyak RM10.

Menerusi video tersebut, kelihatan warga emas berkenaan sedang duduk di atas kerusi dan beralaskan meja yang diubah suai bagi menulis borang-borang pelanggan.

Netizen Tak Sangka Khidmat Penulis Borang Masih Wujud

Malah Diana juga tidak menyangka pekerjaan penulis borang masih wujud lagi pada waktu ini. Tambah wanita itu, tulisan tangan pakcik berkenaan juga sangat cantik.

Difahamkan, perkhidmatan penulis borang ini popular sekitar tahun 80-an hingga 90-an.

“Sesiapa yang malas nak isi borang atau blur nak buat macam mana, boleh cari uncle ni. Dekat mana? Dekat KDN Jalan Duta,” katanya di ruangan kapsyen.

Kegigihan pakcik bekerja pada usia itu mengingatkan netizen kepada filem ‘The Intern’, yang mengisahkan seorang warga emas bekerja sebagai seorang pelatih praktikal (intern) di sebuah syarikat fesyen kerana bosan dengan kehidupan selepas bersara.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Warga Emas Jadi Rider Hantar Makanan Sambil Ditemani Isteri Undang Hiba [Video]

Pakcik Tahu Banyak Bahasa & Mahir Tentang Undang-undang

Seorang individu yang mengakui mengenali warga emas berkenaan berkata, pakcik itu mahir menggunakan beberapa jenis bahasa dan juga tahu tentang bab perundangan.

“Semua pasal kerajaan, isi borang apa, perlu dokumen apa, semua dia tahu. Tapi dia humble (rendah diri) tau, dia cuma kata dia tahu sikit-sikit selok-belok. Dia macam perpustakaan berjalan,” katanya.

Image from: “Masih Wujud Ya Penulis Borang” – Uncle Caj RM5 Untuk Khidmat Isi Borang Jadi Tumpuan Netizen [Video]
Sumber: Threads

Ramai Puji Pakcik Masih Tawarkan Khidmat Isi Borang

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berpendapat bahawa perkhidmatan tersebut sangat sesuai untuk mereka yang tidak suka mengisi borangnya sendiri.

“Saya perlukan pakcik ni sebab saya benci isi borang. Tak kisah la borang fizikal atau online,” kata seorang pengguna Threads.

“Wah nice. Aku paling malas tulis sebab kalau tulis, doktor pun tak faham apa aku tulis. Biasa borang ni aku minta bini aku je tulis,”

Malah ramai juga turut memuji pakcik yang memakai pakaian segak dan sopan sama seperti pekerja yang bertugas di dalam pejabat.

“Pakcik ni mesti rindukan kerjaya masa dia muda dulu kan? Tengok pakaian, kasut cantik dia pun dah tahu. Sangat sofistikated,” kata seorang wanita.

View Original Article