Masiung dilantik Pengerusi Sedco 

LocalPolitics
11 Jan 2026 • 9:42 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Adun Kuamut, Datuk Masiung Banah dilantik sebagai Pengerusi baharu Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) dengan taraf menteri.

Beliau menggantikan Adun Kemabong, Datuk Rubin Balang, yang kini memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Masiung turut mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi Borneo Cement (S) Sdn Bhd, jawatan yang disandangnya sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor atas kepercayaan dan pelantikan sebagai Pengerusi Sedco baharu.

“Saya berjanji untuk melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab demi memajukan syarikat serta menyumbang kepada agenda pembangunan Sabah,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial baru-baru ini.

Pada Pilihan Raya Negeri lalu, Masiung, 53, berjaya mempertahankan kerusi Kuamut dengan majoriti 457 undi, sekali gus menandakan penggal kelimanya berturut-turut sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan.