Masiung mahu pemimpin Gagasan pantau ‘pengkhianat’

LocalPolitics
13 Jan 2025 • 4:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

SANDAKAN: Pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di peringkat daerah terutama Ketua Penerangan bukan sahaja berperanan sebagai sibertrooper tetapi perlu memantau ahli parti yang menjadi pengkhianat.

“Ahli parti terutama yang berjawatan dalam parti dan kerajaan yang memasang ‘dua kaki’ wajar diawasi kerana ia bakal menjadi duri dalam daging kepada parti.

Advertisement“Kita tidak akan bertolak ansur kepada anggota parti yang culas, jika terbukti mereka menjadi proksi pembangkang mereka akan disingkirkan serta-merta, “ tegas Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah.

Berucap merasmikan penutupan Bengkal Penerangan Zon 9 dan 10 di salah sebuah hotel terkemuka di sini pada Sabtu, beliau menggesa setiap Ketua Bahagian dan Ketua Penerangan mengenal pasti ahli parti itu yang cuba memainkan dua peranan politik iaitu dalam kerajaan dan pembangkang.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Menurut Masiung, pengkhianat parti umpama barah, jika tidak dicantas segera ia akan merebak menjadi menjadi lebih parah.

Katanya, Ketua-ketua Penerangan Gagasan Rakyat wajar memainkan peranan sebagai sibertrooper yang efektif untuk menangkis tohmahan pembangkang menerusi media sosial.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Unit Penerangan Gagasan Rakyat perlu diaktifkan sebagai kilang yang mampu melahirkan pekerja berkemahiran tinggi dalam institusi media.

Masiung mahukan parti itu melahirkan idola TikTok berkemahiran tinggi untuk berhujah memerangi penerbitan media sosial pembangkang yang cuba mengaibkan parti dan kerajaan negeri yang memerintah pada masa kini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu bertegas agar setiap anggota jawatankuasa parti memerangi tohmahan dan fitnah pembangkang menerusi media sosial secara habis-habisan.

“ Kita ‘gasak’ habis-habisan penerbitan video dan tohmahan pembangkang menerusi media sosial, jangan bagi mereka peluang untuk mengaibkan kita, “ tegasnya sambil mendapat tepukan gemuruh dari peserta bengkel.

Lebih 150 peserta menyertai bengkel yang turut dihadiri Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Pusat, Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan.