Masjid Al-Aqsa diceroboh pagi tadi

27 Jul 2023 • 6:00 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

BAITULMAQDIS: Puluhan peneroka haram israel yang dilindungi ketat tentera menceroboh pekarangan Masjid Al-Aqsa di Al-Quds, Kota Lama ketika keganasan rejim zionis terhadap umat Islam Palestin semakin meningkat.

Agensi rasmi Palestin, WAFA melaporkan, peneroka yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan telah memasuki tapak suci itu melalui Pintu Mughrabi dan membuat provokasi di dalam masjid.

WAFA menambah, peneroka melakukan ritual Talmud di bahagian timur Masjid al-Aqsa, yang sekali gus melanggar status quo tapak berkenaan.

image is not available
Umat ​​Islam dihalang daripada memasuki Masjid Al-Aqsa ketika peneroka yahudi menceroboh Masjid itu untuk menandakan percutian Tisha B’Av dan berusaha untuk mendirikan Kuil di Masjid Al-Aqsa

Tentera rejim israel juga dilihat mengawal ketat peneroka haram yang melakukan pencerobohan dalam masjid terbabit.

Pencerobohan peneroka israel ke dalam Masjid Al-Aqsa dan keganasan terhadap umat Islam Palestin semakin meningkat sejak kabinet pelampau sayap kanan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengambil alih jawatan pada Disember lalu.

image is not available

Tindakan seperti itu hampir berlaku dengan kerap atas arahan ketua kumpulan kuil yang disokong Tel Aviv dan polis israel di Al-Quds sehingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk Palestin di perkarangan masjid.

Isu ini antara punca peningkatan keganasan antara peneroka israel dan penduduk Palestin selama berdekad-dekad.