Masjid Bandar Seri Putra jadi lokasi Ramadan terakhir MAPIM Mobile Kitchen

17 Apr 2023 • 3:05 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

KAJANG: Masjid Bandar Seri Putra Bangi menjadi lokasi Ramadan terakhir edaran ‘hotmeal‘ iftar percuma MAPIM Mobile Kitchen yang diinovasikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr) Sani Araby Al-Kahery.

image is not availableimage is not available

Sebanyak 300 pek makanan telah diagihkan kepada jemaah yang hadir pada program ‘MAPIM Bersama Masjid’ tersebut pada Ahad.

Menurut Kapten Bersekutu (PA) Ahmad Syahir, yang juga merupakan humanitarian expert MAPIM, sebanyak 300 pek makanan panas telah disediakan melalui MAPIM Mobile Kitchen, dimana 100 telah diagihkan oleh pihak MAPIM dan 200 lagi diserahkan kepada pihak masjid bagi tujuan iftar berjemaah.

“Menu yang disajikan pada hari ini adalah nasi minyak dan ayam masak merah.”

image is not availableimage is not available

“Alhamdulillah hari ini kita mendapat maklum balas yang sangat memberangsangkan daripada ahli jawatankuasa masjid, nazir, termasuk juga jemaah-jemaah yang hadir dan mereka malah meminta untuk meneruskan program ini lagi,” ujar beliau setelah selesaikan mengagihkan 300 pek makanan.

image is not available

image is not available
Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Tuan Haji Faris Hussain turut hadir menyantuni penerima makanan hotmeal MAPIM Mobile Kitchen


Program pada hari minggu itu mendapat sambutan amat mengalakkan daripada penduduk setempat walaupun hujan turun agak lebat pada awalnya.

Menurut Abdul Rahman Yusuf, 56, beliau amat berterima kasih kepada pihak MAPIM atas sumbangan yang diberikan.

“Alhamdulillah saya diberi peluang merasai sumbangan daripada MAPIM.”

“Sebenarnya saya tak pernah ambil makanan sebelum ini tapi hari ini mungkin rezeki saya,” katanya.

image is not availableimage is not available

Agihan makanan iftar oleh MAPIM Mobile Kitchen telah mula diagihkan pada jam 5 petang dan berakhir sekitar jam 6 petang.

Program MAPIM bersama Masjid diteruskan dengan tazkirah Halaqah Al -Ummah yang disampaikan oleh Naib Presiden MAPIM Malaysia PPj Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol selepas solat Maghrib dan sumbangan 300 naskah Al-Quran kepada jemaah Masjid Bandar Seri Putra Bangi selesai tarawih.