Masjid Di Liverpool Tawar Jawatan Imam, Beri Gaji RM180,000 Setahun

5 Dec 2023 • 7:18 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebuah masjid di Liverpool dikenali sebagai Masjid Al-Rahma telah membuka tawaran kepada mereka yang layak dan berminat untuk mengisi jawatan sebagai seorang imam.

Tawar gaji £30k-38k setahun

Perkara tersebut dikongsikan akaun Instagram alrahmamosque_lms minggu lalu dan mendapat perhatian memandangkan jumlah gaji yang ditawarkan cukup besar iaitu £30k-38k setahun iaitu kira-kira RM180,000.

Jadi imam masjid di Liverpool

Dalam pada itu, Liverpool Muslim Society (LMS) kriteria imam berkenaan haruslah memberikan inspirasi untuk menjalankan segala aktiviti masjid dan pusat Islam di sana.

Tak hanya itu, calon juga perlu melibatkan diri dengan ahli komuniti yang cukup luas serta perlu memberi penekanan kepada belia Islam dan orang Islam yang berada di sana disamping menjadi imam di masjid berkenaan.

image is not available

LMS juga memaklumkan yang imam berkenaan perlu mewakili pihak LMS dan masyarakat Islam dalam mesyuarat dan acara rasmi berkaitan serta di media-media.

Difahamkan, Masjid Al-Rahma ini terletak di Hatherley Street, Liverpool dan boleh memuatkan 2,500 jemaah.

Sumber: Instagram alrahmamosque_lms

View Original Article