Masjid Jamek Sungai Burong juara pertandingan video sembelih haiwan korban

16 Aug 2022 • 7:58 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 16 OGOS: Masjid Jamek Sungai Burong, Tanjung Karang dinobat sebagai juara Pertandingan Sembelihan Halal Korban tahun ini, menurut EXCO Industri Halal.

Mohd Zawawi Ahmad Mughi berkata masjid itu memenangi wang tunai RM2,000 diikuti Madrasah Al-Jamai’ah (kedua) dan Surau Institut dan Daerah Dakwah Selangor (ketiga) masing-masing menerima RM1,500 dan RM1,000.

Manakala lima pemenang sagu hati yang terdiri daripada masjid, surau dan pusat sembelihan memperoleh wang tunai RM500.

“Pada 10 Julai 2022 yang lalu, Jawatankuasa Tetap Industri Halal Selangor menganjurkan Pertandingan Video Sembelih Korban bagi tahun 1444H/2022.

“Dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) penilaian dibuat kepada 25 kumpulan (125 peserta) yang menghantar video sembelihan mengikut kreativiti masing-masing.

“Seterusnya, lapan video terbaik disaring untuk untuk penentuan juara,” katanya di Facebook.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved