Semenjak selebriti Alif Satar membuat satu gerakan ‘Geng Subuh macam Jumaat’ ramai pihak mula menjejak langkah dengan apa yang dibuat oleh selebriti berkenaan.
Reaksi dan respon positif dari masyarakat juga membuatkan ramai pihak tampil untuk membuat aktiviti dan tajaan.
Satu video tular di TikTok pula merakamkan suasana meriah yang disambut oleh jemaah masjid Kampung Nakhoda yang membuat cabutan bertuah selepas solat Subuh berjemaah.
Tahniah untuk pemenang cabutan bertuah subuh macam jumaat di masjid kg nakhoda Tak lupa juga yang menaja @YA SALAAAM @hajahhafizah @Tiram Travel UMRAH @azmidatechnicalcollege #masjid #cabutanbertuah #subuhmacamjumaat #umrah #pemenang
Hadiah yang diberikan pada majlis cabutan bertuah berkenaan bukan calang-calang hadiah, tetapi hadiah terdiri daripada pakej umrah dan motosikal.
Suasana gamat apabila individu yang dipercayai AJK masjid berkenaan mula membacakan nombor bertuah.
Ada yang menitiskan air mata kerana terpilih memenangi pakej umrah yang ditaja.
Sementara itu, ramai yang memuji usaha yang dibuat oleh masjid berkenaan bagi mengajak masyarakat untuk mengimarahkan masjid sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat.
The post Masjid Kampung Nakhoda curi tumpuan, buat cabutan bertuah usai solat Subuh berjemaah appeared first on The Reporter.

