
Masjid, Sekolah Pondok Di Aceh ‘Dikepung’ Timbunan Kayu
Pemandangan dron memperlihatkan keadaan sebuah masjid dan sebuah sekolah pondok di Karang Baru, Aceh Tamiang yang ‘dikepung’ timbunan kayu besar. Difahamkan, ia berlaku selepas banjir besar melanda kawasan berkenaan pada Sabtu (6 Disember 2025).
Longgokan batang kayu yang memenuhi kawasan tersebut menggambarkan betapa dahsyatnya impak bencana yang berlaku.
https://www.instagram.com/p/DR8W2gek9lC/?igsh=MXduNWIzaXFjemIxNw%3D%3D&fbclid=IwY2xjawOiKq5leHRuA2FlbQIxMABicmlkETFqYTlremZVc2JXVXNaT2VBc3J0YwZhcHBfaWQQMjIyMDM5MTc4ODIwMDg5MgABHqHZu7N5NPSQEtqxQXLXXs7sEqcFYbqrYLfStGKr6k2zmBfU3AzOyAjH1IK6_aem_geeHNVOoUoJLSDBwNfkefg
Lapor CNBC Indonesia, banjir di Aceh berlaku dalam keadaan kadar penebangan hutan di Indonesia meningkat dengan ketara sejak lima tahun lalu.
Menteri Perhutanan Indonesia, Raja Juli Antoni, ketika sesi bersama Komisi IV DPR RI, mendedahkan bahawa tiga wilayah mengalami peningkatan besar dalam kegiatan penebangan hutan, yang akhirnya meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh. Tiga wilayah itu ialah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.
Menurut data rasmi yang dibentangkan, Indonesia kehilangan 166,450 hektar kawasan hutan dari Januari hingga September 2025. Angka ini meningkat 47,358 hektar atau 28 peratus berbanding tahun 2020 yang mencatat 119,092 hektar hutan ditebang.
Di sisi lain, jumlah penebangan hutan pada 2025 turun 23.01 peratus berbanding 2024 (216,216 hektar). Bagaimanapun, Raja Juli menerangkan bahawa kehilangan hutan di tiga wilayah berisiko tinggi itu masih semakin buruk dan terus meningkat dengan cepat.
Tambah CNBC Indonesia, bagi negeri Aceh sahaja, sebanyak 10,100 hektar hutan telah ditebang dari 2024 hingga September 2025.
Jumlah ini jauh lebih besar berbanding tahun 2020 yang hanya merekodkan 1,918 hektar, iaitu peningkatan 8,182 hektar atau lebih 400 peratus.
Namun, kerajaan memaklumkan bahawa kadar penebangan hutan di Aceh menurun sedikit berbanding 2024, iaitu sekitar 10.04 peratus.
Kerajaan Indonesia ambil tindakan segera insiden Tapanuli Selatan
Sementara itu, kerajaan Indonesia melalui Kementerian Lingkungan Hidup (KLH/BPLH) mengambil tindakan segera selepas kejadian banjir dan tanah runtuh di Tapanuli Selatan.
Menteri Hanif Faisol meninjau kawasan hulu Sungai Batang Toru dan Geroga, sebelum mengarahkan tiga syarikat menghentikan operasi buat sementara waktu.
Ketiga-tiga syarikat itu juga diwajibkan menjalani audit alam sekitar dan pemeriksaan rasmi pada 8 Disember 2025 bagi mengenal pasti punca kerosakan ekosistem dan mengelakkan insiden sama daripada berulang.
Sumber: CNBC Indonesia
The post Masjid, Sekolah Pondok Di Aceh ‘Dikepung’ Timbunan Kayu appeared first on Siakap Keli.
