Masjid seluruh Kelantan laksana solat sunat Istisqa, mohon hujan

LocalEnvironment
26 Mar 2026 • 12:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Langkah itu diambil susulan keadaan cuaca panas berpanjangan yang melanda negeri ini.
image is not available
Arahan pelaksanaan itu melibatkan semua masjid negeri, bandar dan jajahan dibawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

KOTA BHARU - Masjid di seluruh Kelantan melaksanakan solat sunat Istisqa serentak pada Khamis sebagai ikhtiar memohon hujan dan rahmat daripada ALLAH SWT.

Arahan pelaksanaan itu melibatkan semua masjid negeri, bandar dan jajahan dibawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Imam Besar MAIK, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, langkah itu diambil susulan keadaan cuaca panas berpanjangan yang melanda negeri ini.

"Alhamdulillah, semua masjid melaksanakan solat Istisqa hari ini. Kita memohon agar ALLAH SWT mengurniakan hujan yang membawa rahmat serta meredakan keadaan," katanya kepada pemberita pada Khamis.

**media[3472588]**

Di Masjid Jamek Muhammadi, lebih 40 jemaah menyertai solat berkenaan yang diimamkan oleh Hairul Azizi Mokhtar dalam suasana penuh khusyuk.

Menurut beliau, pelaksanaan solat Istisqa bukan sahaja sebagai usaha memohon hujan, malah menjadi seruan muhasabah agar umat Islam kembali memperkukuh hubungan dengan ALLAH SWT ketika diuji dengan perubahan cuaca.

Terdahulu, cuaca panas berterusan sejak beberapa minggu lalu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, khususnya melibatkan bekalan air dan keselesaan harian.