Masjid, surau diminta adakan solat hajat untuk Palestin

5 Apr 2023 • 11:55 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR: Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diarahkan untuk melaksanakan solat hajat esok susulan peristiwa serangan polis Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mohktar berkata solat hajat melibatkan Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin itu, bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.

image is not available
Datuk Dr Mohd Na’im Mohktar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

“Masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga telah diminta melaksanakan solat hajat pada tarikh yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr Mohd Na’im, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis Israel itu kerana disifatkan sebagai biadab serta amat tidak bertanggungjawab.

Malah tindakan tersebut berulang setiap tahun ketika umat Islam menjalani ibadah di bulan Ramadan, katanya.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved