
OSAKA, 6 MEI: Maskot animasi tempatan Mechamato menceriakan suasana di Pavilion Malaysia sempena Ekspo Osaka, Kansai 2025 di sini selama lima hari bermula semalam hingga Jumaat ini.
Mechamato sebagai maskot Minggu Selangor merupakan watak popular tempatan menjadi simbol aspirasi di ekspo Osaka 2025 yang melibatkan penyertaan 161 negara termasuk sembilan pertubuhan antarabangsa itu.
Penampilan watak popular tempatan itu memberikan keceriaan bukan sahaja kepada kanak-kanak malah golongan dewasa untuk bergambar bersama sebagai kenangan.
Mechamato menggambarkan gabungan kreativiti tempatan dan imiginasi teknologi dalam menyampaikan visi negeri untuk masa hadapan yang inovatif serta inklusif diterajui generasi muda.
Pengunjung turut dihiburkan persembahan nyanyian lagu bahasa Jepun berjudul Sukiyaki oleh kumpulan tempatan negeri Balle-Balle.
Pameran Minggu Selangor dengan membawa tema “Building a resilient future” menampilkan Selangor sebagai negeri masa depan yang berdaya saing, berhubung secara global dan dipacu oleh teknologi, budaya serta tenaga belia.
Program seminggu itu menampilkan Selangor sebagai negeri masa depan yang berdaya saing, berhubung secara global dan dipacu oleh teknologi, budaya serta tenaga belia.






The post Maskot Mechamato curi tumpuan di Ekspo Osaka appeared first on Selangorkini.


