'Masuk campur tapi tak tahu cerita' – Bella Astillah dituduh sekat anak jumpa Aliff Aziz, adik tampil bidas netizen

LocalEntertainment
26 Mar 2026 • 8:27 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

NAMA Bella Astillah sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosisl.

Kali ini bukan kerana karya seni, tetapi dakwaan yang menyentuh soal peribadi sebagai seorang ibu.

Segalanya bermula apabila seorang individu tampil membuat tuduhan terbuka di Threads, mendakwa aktres dan penyanyi itu tidak membenarkan anak-anaknya berjumpa dengan bekas suami yang juga pelakon dan penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz.

Lebih mengundang perhatian, individu tersebut turut meninggalkan komen bernada sinis yang berbunyi:

“Tak nak bagi anak-anak confuse katanya. Bawa jumpa Syed Saddiq menggatal boleh pula.”

Kenyataan itu bukan sahaja mengundang reaksi ramai, malah turut menyentuh sensitiviti apabila ia dikaitkan dengan kehidupan peribadi Bella, termasuk hubungannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

image is not available

Tidak berdiam diri, adik kepada Bella, Didi Astillah tampil mempertahankan kakaknya. Dalam respon yang ringkas tetapi tegas, Didi menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas.

“Bila jenis nak masuk campur urusan hidup orang tapi tak tahu cerita sepenuhnya,” katanya, membidas sikap segelintir pihak yang gemar membuat andaian tanpa mengetahui perkara sebenar.

Isu itu sekali lagi membuka perbincangan tentang batas antara kehidupan peribadi selebriti dan hak orang luar untuk memberi pandangan.

Dalam era digital, persepsi mudah terbentuk hanya melalui satu ciapan, walhal realiti sebenar sering jauh lebih kompleks.

Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada 9 September 2016. Namun, hubungan tersebut melalui fasa turun naik sebelum mereka bercerai pada 16 Mei 2019, kemudian kembali rujuk, dan akhirnya berpisah buat kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang kini menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang dibuat.

Dalam situasi seperti ini, apa yang jelas, setiap pihak mempunyai cerita tersendiri yang tidak semestinya diketahui umum. Namun seperti biasa, di media sosial cerita separuh pun sudah cukup untuk mencetuskan persepsi penuh.