'Masuk' pejabat awal pagi, lelaki dicekup

14 Jul 2023 • 4:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan 123RF. Gambar kecil: Mohd Rosdi

KOTA BHARU - Tindakan seorang lelaki memecah 'masuk' ke sebuah pejabat awal pagi terbongkar selepas dicekup dalam kejadian di Taman Kenangan dekat sini pada Khamis.

Suspek berusia 50-an itu diberkas pada jam 6.10 pagi ketika dia berada di dalam premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian itu disedari pengarah syarikat berkenaan selepas menerima mesej daripada alat penggera kamera litar tertutup (CCTV) melalui telefonnya pada jam 5.54 pagi.

"Susulan itu pengadu telah menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 17 rekod kesalahan lampau berkait dadah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, lelaki terbabit juga dikehendaki polis bersabit Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek direman selama tujuh hari bermula Jumaat sehingga 20 Julai.

Mohd Rosdi memberitahu, kejayaan tangkapan ini hasil maklumat yang disalurkan oleh orang awam melalui hotline Pusat Kawalan Daerah (DCC) serta tindakan pantas polis dari unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved