
Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh, menegaskan bahawa tindakannya memakai selendang ketika menghadiri majlis berbuka puasa di masjid atau surau adalah kerana menghormati adab.
Beliau menjawab kekeliruan yang timbul apabila ada pihak menilai tindakannya secara berbeza. Ada yang menganggapnya sekadar ‘wayang’, manakala ada pula yang menuduh kurang menghormati jika tidak memakainya.
“Ada apa pada sehelai selendang? Dipakai dikata sekadar wayang, tanpanya pula dituduh tak hormat. Apa pun asalkan hati itu tenang, hanya Tuhan sahaja Pemberi rahmat,” katanya.
Beliau menambah bahawa sepanjang bulan Ramadan, beliau telah menghadiri pelbagai majlis berbuka puasa di masjid dan surau. Menurutnya, memasuki rumah ibadat sememangnya memerlukan adab, dan pemakaian selendang merupakan salah satu cara beliau menunjukkan rasa hormat.
Baca juga:
Amin Idris tegur usahawan terkenal salah tafsir ayat surah Al-Fiil
Kanopi jualan bunga api musnah dalam kebakaran
Kebajikan tiga gajah dihantar ke Tennoji Zoo dipantau rapi
Akui selesa berpenampilan demikian
“Bulan Ramadan ini saya hadir di banyak majlis berbuka puasa di masjid dan surau. Masuk rumah ibadat, semestinya ada adab.
“Dan saya selesa memakai selendang. Ini yang ramai tak faham,” katanya.
Sebelum ini, Hannah menghadiri Program Nur Ramadan Kampung Padang Balang di Masjid Saidina Ali dengan berpenampilan selendang berwarna merah jambu dan jubah berwarna biru muda. Penampilannya meraih perhatian ramai, dengan pelbagai reaksi di media social; ada yang memuji kesopanan beliau, manakala tidak kurang juga meninggalkan komen yang berbeza pendapat.
The post ‘Masuk rumah ibadat, perlu ada adab’ – Hannah Yeoh appeared first on The Reporter.



