Masuk Universiti Bukan Satu Keperluan, Tetap Berjaya Jika Tiada Ijazah – Rizky Billar

3 Mar 2024 • 10:03 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon yang juga pempengaruh terkenal Indonesia, Rizky Billar menyatakan kemasukan seseorang ke universiti bukanlah satu keperluan dan tetap boleh hidup berjaya.

Aktor berusia 29 tahun itu meluahkan pandangan peribadinya menerusi laman X milik selepas salah seorang pengguna platform tersebut menyatakan Rizky Billar hanya bersekolah sehingga ke tahap menengah sahaja.

Rizky Billar berkata, ilmu yang dipelajari di sekolah tidak banyak digunakan dalam kehidupannya kini, kecuali pendidikan agama dan moral mengenai adab.

image is not available

Bagi dirinya, memiliki ijazah hanyalah penanda aras seseorang itu memasuki ke universiti dan belajar sahaja.

“Menurut saya, ijazah hanya penanda bahawa orang tersebut pernah sekolah, bukan tanda orang pernah berfikir.
“Bahkan, menurut saya lagi, dalam kehidupan sekarang ini hampir tidak ada pelajaran di sekolah yang saya gunakan selain tentang adab,”katanya.

image is not available

Menurut suami kepada penyanyi Lesti Kejora, dia kini mampu membina empayar perniagannya sendiri meskipun tiada ijazah.

Katanya lagi, dia juga mampu membayar gaji ramai pekerja dan rata-rata kakitangannya merupakan graduan universiti.

“Tidak mendapat pendidikan tinggi bukan bermaksud seseorang itu ketinggalan. Saya juga tidak menetapkan standard ijazah untuk mencari pekerja. Sekiranya ada kemahiran, boleh terus hidup,”katanya lagi.

Sumber: X RizkyBillar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved