“Masukkan Lah Pawi!” – Intan Serah Kena Hentam Teruk Lepas Label Kim Pan Gon Buat Pertukaran Bodoh

26 Jan 2024 • 11:18 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pemain bola sepak wanita negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli atau lebih dikenali sebagai Intan Serah teruk kena hentam selepas melabel kemasukan Romel Morales pada babak akhir permainan sebagai pertukaran ‘bodoh’ Kim Pan-gon.

Intan Serah membuat kritikan membabi buta itu menerusi satu hantaran di aplikasi X. Namun wanita ini membuat ‘u-turn’ selepas pemain itu berjaya menjaringkan gol penyamaan mengikat Korea Selatan 3-3.

image is not available

Dia segera memuji jurulatih Harimau Malaya mengakui pertukaran itu membuahkan hasil. Walaupun hantaran sudah dipadam, namun netizen sempat screenshot sehingga tular di media sosial.

Meskipun mengakui kehebatan Romel Morales, Intan Serah masih kecewa kerana tidak dapat melihat Safawi Rashid beraksi.

image is not available

image is not available

Cara Intan mengkritik membuatkan netizen berang dan melabelkan wanita ini tidak profesional. Ramai juga yang memerli Intan meminta dia fokus kepada TikTok sahaja.

image is not available

Shariman Hafiz berkata, “Sebab itu perempuan tak boleh jadi head coach Intan. Hahaha”. Adam tambah, “Dari haritu lagi KPG sudah cakap dia tau apa yang dia buat , jangan jadi bangang dan overconfident atas statement kau tu”.

Kredit: X Intan Serah | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.