“MasyaAllah Cantiknya” – Pakai Tudung Bawal, Penampilan Berhijab Intan Ladyana Dipuji Netizen

18 Oct 2022 • 11:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon jelita Intan Ladyana mencuri perhatian warganet apabila tampil berhijab dalam gambar bersama suami, Harris Alif dan anak perempuannya, Eviee Khadeeja.

Menerusi posting Instagram Harris, dapat dilihat keluarga tersebut sedang menikmati percutian di atas sebuah kapal persiaran mewah.

Dalam pada itu, apa yang mendapat perhatian adalah Intan Ladyana yang kelihatan ayu mengenakan tudung bawal sambil mendukung anaknya.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi positif dengan memuji penghijrahan pelakon berkenaan.

“Cantiknya Intan Ladyana bertudung,” kata seorang warganet.

“Semoga Kak Intan istiqomah. Awak sangat cantik bertudung,” ujar seorang lagi netizen.

image is not available

Sekadar info, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

image is not available 10 bulan lalu

Dah Keluar Hospital, Intan Ladyana Ucap Terima Kasih Di Atas Doa Peminat