
PEKAN NABALU: Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai menyarankan masyarakat luar bandar membuka tanah terbiar untuk ditanam dengan sayuran dan buah-buahan.
Katanya, pertanian bukan hanya memastikan kecukupan makanan untuk keluarga dan sumber pendapatan, tetapi juga berpotensi menjadi tarikan kepada pengunjung luar.
“Ramai yang mahu merasai pengalaman hidup masyarakat luar bandar. Penanaman sayuran dan buah-buahan adalah antara tarikan yang pasti dihargai pengunjung terutama mereka yang datang daripada bandar,” katanya.
Joniston yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu berkata demikian ketika melancarkan pesta nanas dan buah-buahan tempatan di sini, baru-baru ini.
