Masyarakat Melayu tradisional amat terikat dengan adat turun temurun yang dipatuhi oleh semua sebagai peraturan & hukum

8 Jul 2026 • 8:00 AM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: Masyarakat Melayu tradisional amat terikat dengan adat turun temurun yang dipatuhi oleh semua sebagai peraturan & hukum
Pangulu Dato Junjungan Emas (kiri) & Pangulu Dato Bijayo dari Suku Kutianyir di Rumah Gadang. Foto: Adi

Adat Pepatih berasal dari Pagaruyung, Sumatera yang diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang, menjaga kawasan tanah Naning oleh masyarakat Minangkabau, pada awal kurun ke-15. Apabila Islam berkembang adat ini menerima pengaruh Islam dan hukum syarak mengikut mazhab Shafie. Adat Pepatih bersifat matriarchal iaitu kaum wanita mempunyai kedudukan utama dalam masyarakat. Hanya kaum wanita yang mewarisi harta dan keturunan anak mengikut suku ibu. Suku bermaksud keluarga, oleh itu hidup secara berkeluarga & semua ahli perbagai suku dianggap sebagai satu keluarga besar.

Saya amat teruja bila diberitahu oleh seorang sahabat karib dalam pimpinan Persatuan Aeroangkasa Myaerosatu, Adi Satria Ahmad bahawa beliau telah diangkat sebagai Pangulu dalam suatu Istiadat OLEK GODANG BATOGAK PANGULU NAGARI BARULAK di Istana Raja Pagaruyung, Sumatera dengan mewarisi gelaran DATO BIJAYO. Alhamdulillah dan Tahniah. Beliau berkata, “Tugas sebagai pangulu ialah sebagai amanah menjaga semua harta pusaka keluarga suku saya iaitu Suku Kutianyir. Dalam sistem matrilinear Adat Pepatih yang unggul semua pusaka keluarga adalah hak milik belah perempuan dan ia berteraskan sistem ‘niniek mamak’ atau nenek ibu yang berkuasa, manakala mamak atau ayah saudara bertanggungjawab memelihara semua hak keluarga suku saya. Sistem adat Pepatih ini menjamin kelestarian harta pusaka pihak perempuan selama berketurunan dari dulu sehingga kemasa depan.”

Image from: Masyarakat Melayu tradisional amat terikat dengan adat turun temurun yang dipatuhi oleh semua sebagai peraturan & hukum
Rumah Gadang JAMBAK didirikan pada 1921 tanpa sebarang paku dan menggunakan pasak sahaja, masih lagi kekal di Barulak untuk anak cucu Suku Kutianyir. Foto: Dato BIjayo

Dato Bijayo menambah kata bahawa “Tidak ada sebarang jual beli boleh dilakukan tanpa MUAFAKAT dan persetujuan seluruh keluarga suku yang masih hidup. ‘Adat yang tak lakang dek panas Tak lapuk dek hujan. Adat Pepatih bersandarkan Syarak & Kitabullah.’ Demi keadilan dan kesejahteraan kaum ibu."

Image from: Masyarakat Melayu tradisional amat terikat dengan adat turun temurun yang dipatuhi oleh semua sebagai peraturan & hukum
Dif-dif Kehormat: (dari kiri) Dato Sati (Wali Nageri Barulak), Dato Bajoyo, Dato Junjungan Emas, Ibu Neil Autad, Dato Bijayo, Dato Majo Kayo & Wakil Rakyat Bapak Zaipul Imra. Foto: Dato Bijayo

Saya tertarik dengan adat Pepatih yang menjunjung prinsip musyawarah dan persepakatan, yang terserlah melalui perbilangan adat ditengah semangat kekeluargaan. Adat Pepatih berpeluang berkembang sebagai warisan budaya yang kaya & tidak hanya akan menjadi sebahagian daripada sejarah silam.

Dato Bijayo yakin "Adat Pepatih di Sumatera Barat terus berhadapan dengan cabaran modenisasi, namun kekal utuh sebagai tonggak identiti sosial dan budaya masyarakat Minangkabau. Kelangsungan hidup adat ini dihyati oleh ‘adat bersandi syarak, syarak bersandi kitabullah’ (adat bersendikan Islam).


Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved