Masyarakat perlu sedar kesan negatif gajet, alam siber: Julita

1 Aug 2022 • 3:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUDAT: Masyarakat secara amnya perlu menyedari tentang kesan negatif gajet dan alam siber kepada kanak-kanak seperti ketaksuban memiliki dan ketagihan penggunaannya.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Datuk Julita Majungki berkata, tidak dapat dinafikan ini berkait rapat dengan perubahan zaman yang berlaku kepada generasi muda sekarang. Media sosial dan teknologi maklumat telah mengubah cara manusia berinteraksi. Kini jarak dan tempat tidak lagi menjadi halangan untuk berhubung.