Masyuk! Gong Hyojin Jual Bangunan 9 Tingkat Miliknya Bernilai Lebih RM56 Juta

6 Oct 2023 • 10:10 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sudah lama berlakon, Gong Hyo-jin juga merupakan antara pelakon yang mempunyai pendapatan lumayan!

Terbaru, Gong Hyo-jin dilapor telah meletakkan sebuah bangunan miliknya di Seogyo-dong, Seoul, untuk dijual. Khususnya, Seogyo-dong terletak berhampiran Hongdae dan sebuah kolej seni terkenal, serta kawasan popular untuk pelancong.

Menurut laporan, pelakon wanita itu telah meletakkan harga untuk dijual sejumlah 16 bilion KRW (RM56,052,576) dan secara kasarnya bernilai 130 juta KRW (RM455,427) setiap 3.3 meter persegi.

Untuk pengetahuan, bangunan itu dibeli oleh Gong Hyo-jin dengan syarikat pemajakan bangunan pada 2016 dengan harga 6.3 bilion KRW (RM22,066,774) bermakna, harga hartanah telah meningkat sebanyak 10 bilion KRW (RM35,036,114) dalam tempoh tujuh tahun.

image is not available
*gambar hanya sekadar hiasan

Sejurus selepas pembelian, dia telah merobohkan bangunan dua tingkat dan membina bangunan baru dengan sembilan tingkat (3 di bawah tanah dan enam di atas tanah). Kini, jumlah keluasan ialah 1,745.09 meter persegi, jauh lebih besar daripada saiz sewaktu dibeli.

Selain itu, seorang penyelidik di ValupMap turut menyatakan bahawa harga yang diletak oleh Gong Hyo-jin untuk bangunan itu tidaklah begitu tinggi, kerana ianya sesuai dengan betapa strategiknya kawasan itu dan pengubahsuai yang telah dilakukan.

Fuh masyuk la Gong Hyo-jin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article