
PUTRAJAYA: Terus menjadi platform meningkatkan penghayatan al-Quran dalam kalangan masyarakat, Malaysia #QuranHour kali ke-8 telah diadakan dengan jayanya hari ini di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Program tahunan anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bersama rakan sinergi bertemakan ‘Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ bermula pada 12 tengah hari tadi dan berlangsung selama satu jam.
Malaysia #QuranHour kali ini menghadirkan solusi daripada Surah Al-Sajdah yang menyajikan formula bagi membentuk mukmin sejati melalui sujud dan infak. Ini sesuai dengan objektif utama penganjurannya yang menjurus kepada perubahan minda masyarakat melalui panduan yang dinyatakan dalam Al-Quran.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WUIF Marhaini Yusoff acara hari ini turut menampilkan qari terkemuka tanah air untuk mengalunkan bacaan Al-Quran bersama peserta yang mengikuti program yang dijalankan secara fizikal dan juga atas talian.
“Setiap kali kita adakan #QuranHour sebenarnya kita nak bawa kepada erti kemerdekaan menurut Al-Quran. Jadi esok kita akan merayakan Hari Kebangsaan 2022 dan (penganjuran) kali ini kita bawakan sempena Hari Kebangsaan dan kita bawakan surah Al-Sajdah dan itu adalah kelainan pada tahun ini berbanding tahun-tahun lain,“ jelas Marhaini.
Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan sebagai panduan dalam membina negara Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur yang bermaksud ‘Negara baik yang mendapat keampunan Allah SWT’.
Sekitar program Malaysia #QuranHour yang diadakan di Surau MBSA, Tingkat 14 Wisma MBSA dengan sesi mentadabbur Surah Sajdah, Juzuk 21 oleh Ustaz Muhammad Aizuddin.#weloveshahalam pic.twitter.com/Dh0jqDBPuN
— MBSA (@sacitycouncil) August 30, 2022
Inisiatif Malaysia #QuranHour dilihat sangat berkesan serta disambut dengan positif oleh rakyat di seluruh negara apabila banyak perkongsian foto & video aktiviti bacaan Al-Quran secara berjemaah dimuat naik ke pelbagai platform media sosial termasuk facebook dan tik tok.
Malaysia #QuranHour 2022 Surah Al-Sajdah
𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙪𝙟𝙪𝙙, 𝙆𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝙏𝙚𝙜𝙪𝙝 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖
My #QuranTime
Malaysia #QuranHour#NavyReservist#NavyUpdate@tldm_rasmi pic.twitter.com/WmcyBMS8bV— Mk SIMPANAN (@MkSimpanan) August 30, 2022
The post ‘Mat Kilau’ bersama-sama jayakan Malaysia #QuranHour kali ke-8 first appeared on UMMAHToday | Sumber Berita Mutakhir Ummah.
