
SHAH ALAM, 1 JULAI: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan meraih kutipan RM23.3 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan.
Pengarahnya Syamsul Yusof berkata Mat Kilau berjaya mendahului karya lain termasuk Hollywood yang sedang ditayangkan pada ketika ini.
“Mat Kilau masih berjaya menduduki carta box ofiice no.1 mengatasi filem Hollywood Minions, Jurassic World: Dominion,Elvis & Top Gun: Maverick.
“Filem epik Melayu terpantas capai 23.3 juta hanya dalam masa tujuh hari,” lapor New Straits Time.
Filem Mat Kilau yang menelan belanja RM8 juta menampilkan Datuk Adi Putra sebagai watak utamanya ditayangkan pada 23 Jun lalu.
Filem itu turut dibintangi Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Wan Hanafi Su, Yayan Ruhian, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Namron, Shaharuddin Thamby, Ellie Suriaty Omar, Geoff Andre Feyaerts dan A. Galak.
The post Mat Kilau kutip RM23.3 juta dalam seminggu, atasi filem Hollywood appeared first on Selangorkini.
