Mat Rempit Sempat Berpaut Pada Motosikal Rakan Sebelum Jatuh Ke Atas Jalan [Video]

Entertainment
1 Apr 2024 • 9:25 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Saban hari ada sahaja video tular memaparkan berbahaya yang dilakukan oleh beberapa kumpulan mat rempit.

Malah kumpulan mat rempit ini langsung tidak memikirkan tindakan mereka itu boleh membahayakan pengguna jalan raya lain apabila dengan selamba melakukan aksi tersebut di lebuh raya.

Mereka dengan selamba turut melakukan aksi superman atau ‘wheelie’ dan juga zic zac semasa berada di jalan raya.

Mat rempit jatuh ketika rakan-rakan buat aksi superman

Baru-baru ini, tular satu video di X (Twitter) memaparkan sekumpulan mat rempit di sebuah lebuh raya yang melakukan aksi superman sebelum salah seorang rakannya kemalangan.

Menerusi video tersebut mangsa pada mulanya berada di laluan tengah sebelum motosikal menghimpit rakan yang sedang membuat aksi superman di lorong kiri.

Sempat berpaut pada motosikal rakan dan diheret beberapa meter

Mangsa bagaimanapun dilihat sempat berpaut pada motosikal rakan sebelum diheret beberapa meter bersama motosikal miliknya. Kelihatan motosikal tersebut turut mengeluarkan percikan api disebabkan bergesel pada jalan raya.

Dalam video tersebut turut dilihat perakam cuba meminta rakannya untuk memberhentikan motosikalnya di bahu jalan.

Sebaik motosikal berjaya diberhentikan kelihatan rakan-rakan segera mendapatkan mangsa yang sedang terbaring di bahu jalan untuk melihat keadaaanya.

Ramai kecam tindakan berbahaya kumpulan mat rempit yang menyusahkan pengguna jalan raya lain

Melihat di ruangan komen perkara itu bagaimanapun telah mengundang kecaman netizen yang merasakan aksi dilakukan kumpulan itu sangat bahaya.

Malah tidak kurang juga ada yang memerli tindakan kumpulan terbabit yang menyusahkan pengguna jalan raya lain apabila berlakunya kemalangan disebabkan aksi yang tidak sepatutnya.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa dilaporkan.

“Aduh minta polis buat operasi untuk keselamatan pengguna jalan raya lain”

image is not available

“Tak habis-habis puak ni nak menyusahkan orang. Otak tak berfungsi atau hati dah hitam? Macam-macam jadi pun tetap juga B**g*i”

image is not available

“Semoga dia dan rakan-rakan yang lain tu terus insaf dan jadi manusia yang berguna selepas kejadian tu”

image is not available