Mat Sabu anggap isu harga telur naik selepas subsidi ditamatkan hanya ramalan

LocalPolitics
6 May 2025 • 3:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu atau Mat Sabu anggap isu harga telur naik selepas subsidi ditamatkan bermula 1 Ogos ini sebagai sekadar ramalan.

Mat Sabu anggap isu harga telur naik sekadar ramalan

Memetik laporan dari Sinar Harian, beliau meminta orang ramai untuk menunggu sahaja perkembangan semasa dan memberi contoh sepertiharga ayam yang diapungkan sebelum ini.

“Itu ramalan. Kita lihatlah perkembangannya. Dulu bila harga ayam diapungkan, ramai jangka harga akan naik, tetapi sebaliknya berlaku. Kita harap kali ini pun sama,” katanya.

image is not available

Mat Sabu anggap isu harga telur belum tentu naik

Beliau yang ditemui semasa perasmian Pusat Pengeluaran Benih Padi Sah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut menjelaskan keputusan penamatan subsidi dibuat selepas beberapa sesi libat urus melibatkan jabatan dan agensi berkaitan di peringkat kementerian.

“Libat urus telah dilakukan berkali-kali oleh ketua setiausaha dan pasukan beliau. Keputusan yang dibuat adalah selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Sekarang ini pun harga bahan makanan ternakan seperti soya dan jagung menunjukkan penurunan sedikit,” jelasnya.

image is not available

Pembelian panik tak akan berlaku

Beliau juga menolak kebimbangan berlakunya pembelian panik, memandangkan kerajaan menyediakan saluran alternatif seperti Jualan Rahmah dan Agro Madani.

“Pembelian panik insya-Allah tidak berlaku. Sekarang ini kita ada banyak saluran jualan. Kalau berlaku sekalipun, kita mampu tampung,” katanya.

image is not available

Sebelum ini, Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menjangkakan harga telur mungkin naik sehingga tiga sen sebiji jika kos pengeluaran kekal pada kadar 38 sen, selepas subsidi lima sen sebiji ditamatkan.

Penamatan subsidi bagi telur ayam tersebut dijangka akan bermula pada Ogos nanti.

Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan