Mat Sabu kagum teknologi jelapang padi di Jepun, netizen kata cukup lihat Thailand

LocalPolitics
5 Jun 2025 • 11:53 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
teknologi jelapang padi

Lawatan kerja Datuk Seri Mohamad Sabu ke Jepun baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila beliau menyuarakan kekaguman terhadap teknologi jelapang padi di Jepun, terutamanya mesin penanam padi tanpa pemandu dan sistem kawalan banjir yang efisien.

Mat Sabu kagum lihat teknologi jelapang padi di Jepun

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam kenyataan di Facebook, banyak teknologi moden yang boleh dijadikan contoh dalam usaha memperkukuh pengeluaran padi negara.

“Saya percaya, banyak perkara yang boleh kita pelajari dan sesuaikan dengan keadaan di Malaysia antaranya sistem kawalan banjir mereka yang sangat efisien.
Insya-Allah, teknologi seperti ini boleh kita manfaatkan dalam usaha memperkukuh pengeluaran padi tempatan yang kini berada pada tahap sekitar 60 peratus daripada keperluan sebenar negara,” katanya.

Teknologi jelapang padi boleh dicontohi

Beliau juga menyatakan bahawa teknologi jelapang padi di Jepun itu adalah contoh terbaik buat Malaysia lebih-lebih lagi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja.

“Ini contoh terbaik bagaimana pertanian boleh dipermodenkan bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja dan perubahan iklim,” ujar Mohamad lagi yang turut kagum dengan mesin penanam padi berasaskan teknologi maklumat.

Tempat belajar terbaik di Thailand

Namun begitu, menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang memberikan reaksi sinis terhadap kenyataan itu.

Ada yang berpendapat, Malaysia tidak perlu sejauh Jepun untuk belajar, cukup saja lihat kejayaan Thailand dalam sektor beras dan padi.

image is not available

Katanya teknologi macam tu dah ada di Malaysia

image is not available

Macam shooting Ninja Warrior

image is not available

Difahamkan, dalam kunjungan ke Echizen, Mat Sabu turut bertemu anak Malaysia yang telah tiga tahun bekerja di syarikat pertanian Jepun, sekali gus membuktikan potensi rakyat tempatan menguasai teknologi moden.

Beliau juga mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian Jepun, Koizumi Shinjiro bagi memperkukuh kerjasama dua hala, namun netizen berharap lawatan itu tidak sekadar ‘cuci mata’, sebaliknya membawa hasil nyata kepada petani dan keselamatan makanan negara.

Sumber: Facebook Mohamad Sabu

View Original Article