Mat Sabu kongsi hasil tuaian pertama bawang merah, ajak rakyat tanam sendiri sayur di rumah

LocalFood
18 Sep 2025 • 3:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu meluahkan rasa syukur apabila tanaman bawang merah di tepi rumah kuartersnya mendapat hasil tuaian yang pertama.

Sehubungan itu, beliau percaya bahawa rakyat Malaysia boleh melakukan perkara yang sama dengan mengamalkan budaya tanam sayur-sayuran dan bahan asas masakan di kediaman masing-masing.

Tuaian pertama bawang merah

image is not available

“Alhamdulillah semalam Bang Mat dah dapat tuai hasil pertama bawang merah yang ditanam di tepi rumah kuarters Bang Mat. Kawasannya kecil sahaja, tapi hasilnya cukup untuk membuktikan penanaman bawang boleh dibuat walaupun hanya di perkarangan rumah.

“Kalau ramai rakyat kita mula amalkan budaya tanam sendiri sayur-sayuran dan bahan asas seperti bawang, insyaAllah suatu hari nanti kita tidak lagi terlalu bergantung kepada sumber luar.

“Selain dapat menjimatkan belanja dapur, aktiviti ini juga menyeronokkan, malah menjadi sumbangan kecil kita kepada usaha mengurangkan jurang import makanan negara.

“Mari kita mulakan dari halaman rumah kita sendiri,” katanya.

Tuaian pertama bawang merah

image is not available image is not available

Sabu tunjuk contoh terbaik!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan usaha gigih Mohamad Sabu dan boleh menjadi contoh terbaik kepada masyarakat untuk hidupkan budaya tanam sayur-sayuran sendiri.

image is not available image is not available image is not available

Terdahulu, Mohamad Sabu memanfaatkan kawasan yang ada di kediaman rasmi menteri dengan menyemai 1,000 benih bawang rose Ehsan.

Beliau menggunakan kaedah ‘Raised Garden Box’ dengan keluasan 20′ x 20”, supaya tanaman lebih teratur dan mudah untuk diuruskan.

image is not available

Sumber: Facebook @Mohamad Sabu