Mat Sabu Saran Tanam Sayur Di Rumah Jika Konflik Asia Barat Berpanjangan

LocalPolitics
13 Mar 2026 • 1:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyarankan penjawat awam yang memiliki rumah di atas tanah seperti rumah teres atau kampung supaya memulakan inisiatif menanam sayur di rumah sebagai langkah persediaan sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan.

Menurutnya, tanaman yang mudah dituai seperti cili, terung dan kucai boleh dijadikan pilihan.

Advertisement

image is not available

“Maka, saya akan mengarahkan pegawai-pegawai yang rumah di atas tanah, bukan rumah flat dan rumah pangsa, sekurang-kurangnya memulakan tanaman yang hasilnya cepat.”

“Kita akan memulakan program itu seperti Kempen Buku Hijau di zaman Allahyarham Tun Abdul Razak dulu sebab kita tidak tahu krisis antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran akan tamat,” katanya pada sidang akhbar khas di Kementerian Komunikasi hari ini.

Bagaimanapun, beliau berharap konflik tersebut dapat diselesaikan segera dan tidak menjejaskan bekalan makanan negara.

“Buat masa ini, sambutlah Hari Raya dengan biasa, Insya-Allah makanan semuanya cukup dan terjamin bekalannya,” katanya.

Untuk rekod, Kempen Buku Hijau merupakan program nasional yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1974 ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pad apautan di bawah.

image is not available2026-03-13 12:58:25

Kes Tanam 102 Pokok Ganja Di Janda Baik : Bekas Diplomat Dan Anak Dibebaskan

The post Mat Sabu Saran Tanam Sayur Di Rumah Jika Konflik Asia Barat Berpanjangan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.